Thursday, December 2, 2010

Motivasi hal kerja dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Perhatian: Ini haku kopipes dari email yang dikirimkan oleh kawan haku iera..Sekadar perkongsian. Sebelum meneruskan pembacaan andaikan diri anda berada di hadapan Datuk Dr. Fadilah Kamsah ya. Hehehe!!

Kepada Teman Seperjuangan

Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 830 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-

' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Motivasi Datuk Dr. Fadilah Kamsah
Gambar hasil google

Situasi macam nih yang haku maksudkan tau.. okeh dah ready...=D

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG'kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti....tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya....

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Sekian terima kasih~~~ bersurai.

sayang @myn@ ^_^

12 comments:

deem said...

pernah jumpa dan baca emel ni...bha nti da setle keja ko kita p urus riban2 tu ah...wakaka!!!

S..U..D..@..I..S said...

best tajuk untuk muhasabah diri
supaya kita jgn pandai menuding jari

Amyna said...

@Deem: Koje ku nda juga siap ari nih.. sakit pinggang. sambung esok pula..

Urusan riban2 tu setel sudahkan tadi pren.. ndak lama OKB ko.sabar ya!!

Amyna said...

@Sudais: Betul betul betul.. sangat setuju ^_^

touya said...

saya pernah dengar DR Fadhilah Kamsah kata ayat tu

a.samad jaafar said...

ermmm..t kasih..ingatan yg baik utk saya..nak bersurai dah ni..

NOOR FATIN said...

nice info :) bagus utk sy yang xlama lagi akan melangkah ke dunia pekerjaan :)

Amyna said...

@Touya: tahniah anda bertuah, moga lebih bermanfaat.. bets kan Datuk kasi motivasi.. Myna pun suka.

@a.samad: Ya sama2... :-)

Amyna said...

@NoorFatin: Alhamdulillah.. perkara baik.. harus sama2 ingat memperingati. kannn kan!!

cik hani said...

ade sape2 nak amik saya keje? hikhikhikhik.

keje biarla ikhlas dan kene dengan jiwa kita supaya gaji yang kita dapat tu halal.. :D

PhotoGraphic said...

muhasabah diri..tp itu la..betul la tu..kadang2 kita rase perihatin tp sebenarny busy body tp mcm mane nk tjk perihatin kalau x busy body..hehe

Jejaka Terhangat said...

owh..kena dtg temuduga dgn cara luar biasa la ni..nnti hasilnya pon luar biasa..=p

Jejaka Terhangat: Harga Minyak Naik. Apa Kesannya Terhadap Pengguna dan Mat Rempit..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...