Sunday, February 20, 2011

7 finalis pilih kasih musim ke-2 (PK2)

SELEPAS 10 minggu beraksi di Pentas Pilih Kasih 2 (PK2), malam kemuncak untuk mencari sang juara akan berlangsung Ahad ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan, jam 9 malam di TV2. Seramai tujuh artis Pilih Kasih akan berentap.

tujuh finalis pilih kasih

Sumber: mStar

Mereka ialah Jay Iswazir 29, Ku Hariz 26, Yuzwan Yunus 24, Nur Jannah 24, Livonia 20, Mira Amanas 20, dan Lia Natalia 19. Malah, apa yang pasti cabaran bagi artis Pilih Kasih di malam kemuncak nanti lebih mencabar berbanding minggu sebelumnya.

jay iswazir dan lia natalia

Minggu akhir ini menjanjikan kelainan dari bentuk persembahan iaitu finalis harus bermonolog. Malah, bagi drama pula skrip akan diberi di set penggambaran. Ia bertujuan untuk mengasah minda finalis supaya bersedia terutama secara spontan.

yuzwan dan myra amnas

Manakala teater pula, lebih menekankan kepada tema lebih glamor dan menyeronokkan. Bertemakan kehidupan remaja di kolej, sudah tentu ia mencabar kerana finalis juga perlu menyanyikan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk teater itu.

livonia dan ku hariz

Penerbitnya, Rosyam Nor berkata masih mengekalkan format sama seperti pentas akhir Pilih Kasih yang lalu, pemarkahan finalis mewakili sebanyak 50 peratus daripada beliau dan 50 peratus lagi juri profesional. Markah juga berdasarkan laporan pengarah mengenai disiplin dan tingkah laku finalis...

nur jannah

Menyentuh soal mengapa Rosyam memilih tujuh finalis untuk berentap pada malam akhir yang sepatutnya enam orang saja yang layak, katanya semua finalis itu bukan saja memiliki bakat, tetapi masing-masing sudah berjaya menampilkan persembahan yang bagus.

“Saya tahu ramai bertanya dan mempersoalkan mengapa Nur Jannah yang berada di tangga tidak selamat selama enam minggu akhirnya layak ke peringkat akhir. Ini kerana, biarpun penonton kurang mengundinya, tetapi saya melihat Nur Jannah memiliki bakat.

“Malah, ketika persembahan pada minggu ke-10 lalu, Nur Jannah mendapat markah kedua tertinggi di kalangan artis Pilih Kasih yang berentap. Jadi, ia membuktikan Nur Jannah harus diberi peluang dan sokongan untuk terus berjaya.

“Maka, saya tidak membuangkan kerana kesungguhan ditunjukkan. Justeru, saya harap penonton memahami situasi ini kerana tujuan Pilih Kasih 2 diadakan pun untuk menggilap bakat baru industri lakonan tanah air. Jadi, peserta berpotensi perlu diberi peluang,” katanya.

Ditanya pula perancangan Rosyam untuk terus menerbitkan Pilih Kasih 3, katanya kini semua itu masih dalam perbincangan. Katanya bagi terus menerbitkan program yang besar seperti ini tidak dinafikan Rosyam memerlukan sokongan daripada pihak penaja.

Ujarnya, barangkali ramai beranggapan beliau meraih untung besar sebagai penerbit Pilih Kasih kerana mendapat kerjasama daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan penaja utama seperti TM. Katanya semua itu andaian tidak benar kerana apa yang dilakukan itu hanya demi industri hiburan tanah air. semuber: my Metro


Picca sumber: Website Pilih kasih


~~ Sayang @myn@ ~~



1 comment:

Ellen said...

Wah..best ni...Lia Natalia tu orang sabah ka...?hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...