Friday, February 4, 2011

Vitamin C dan asid folic.. Moga diberkati :-)

Terima kasih kepada rakan² dan isteri rakan Mr.A yang memahami situasi kami.. Mesti depa duk bersembang kan... biasa lah suami isteri mesti berkongsi cerita.. haipp haipp!

Hari tu saya ada juga terbaca massage di fb Mr.A.. sangat² menyentuh perasaan saya dengan ayat "Mungkin ada kesilapan di antara aku dengan Allah, sebab tu Allah menguji aku". Panjang menjela depa berbincang. banyak ayat yang menggamit perasaan saya. tapi saya just amik yang itu sahaja..

Massage tu Mr.A kirim kan dengan kawannya.. orang lelaki kan.. bukan nak tunjuk masalah yang depa lalui.. tapi kalau kita selalu ada dan selami satu persatu.. kita akan dapat cungkil sikit².. Di depan saya.. Mr.A tabah dan selalu memberi semangat kepada saya supaya tidak terus down, bila setiap kali misi yang di hajati tak kesampaian. tapi hakikat sebenar.. diriNya yang menahan segala²nya.. kesiannya dekat Mr.A... *airmatamengalir* sob3x.



Okeh.. berbalik kepada cerita tentang Vitamic C dan asid folic nie.. seperti dalam gambar di atas lohh. sebenarnya itu semua pemberian dari isteri kepada rakan Mr.A. Kalau tak silap saya.. dia bertugas dalam bahagian medic di pangkalan nun.. Kalau silap saya mohon mahap ya, sebab saya sendiri belum pernah bertentang mata dengan wanita yang kirimkan bungkusan putih berlabelkan Farmasi angkatan tentera nih =D

Sekarang susah sikit saya nak ke sana... kalau ada rumah sendiri macam mula² dulu senang nak bermalam. kalau nak pergi dan balik hari.. mau kejung aurat tak pun terus saya pingsan seketika... huhuhu!

Sebelum nih saya ada makan asis folic yang macam nie.. bila dah abis saya tidak pergi amik dah sebab doktor sini tak mesra pelanggan. huh! malas nak ingat.. sedih~~ saya beli jerk dari farmasi tapi bukan jenis pil kecik² macam ni.. kata gadis farmasi tu.. ubat yang saya beli ni terkandung sekali asid folic dalam tu..saya akur~~ sebab asid folic penting untuk ingin hamil, tambah² di peringkat awal kehamilan.. kann kan!

Mode: Alhamdulillah.. dah 3 hari saya mengambil pil² yang dikirimkan ni.. Moga jasa baik kalian suami isteri di berkati Allah s.w.t.. InsyaAllah ^_^.


~~ Sayang @myn@ ~~

9 comments:

fatty said...

amien.... i hope alloh still bless us...

Aleyn said...

InsyaAllah...Allah maha mengetahui...usaha dan tawakal...

Salam kenal

tiefazatie said...

amin..insyaallah sis..
ifa doakan sis..=)

me suya said...

kakak myna.. keep going.. insyaALLaH. have a faith to HIm.. Ur turn will be there. Suya doakan akak

ps: Suya balik kampung.. malas update dan hari ni dah balik penang semula

Izan Ishak said...

insyaAllah myna...moga2 ada rezki buat kalian berdua. jgn putus asa ye~

gilastats said...

Good Luck. Selain asid folic, jgn berputus asa dgn cara2 lain jugak...

ieda said...

insyaallah semoga allah mendengar dan merahmati :)

along said...

mina...doa, usaha tak tawakal...InsyaAllah, TUHAN MAHA KUASA...ada hikmahnya dengan apa yang DIA beri...terima dengan hati yang terbuka...jangan mengeluh, tapi bersyukur. Along sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mina dan amir. Jaga kesihatan dan ambil pemakanan yang sihat. okay.

Amyna said...

Terima kasih kawan2 semua.. InsyaAllah.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...