Thursday, June 9, 2011

Ke taman merbau sungai petani

Destinasi kami #hari ke-6

Kecik² dulu di besarkan di felda Lubok Merbau, dah kawin.. tinggal di taman merbau untuk membesarkan anak² pula.. sweet.. Ita O ita, memang setia ehh dengan Merbau...hehehe!



Rabu minggu lepas (1 jun), saya teman Mr.A berjumpa dengan kawan sekolahnya.. siapa?? ita nih lah kawan sekolah Mr.A. Ini merupakan pertemuan 1st time selepas mereka tamat sekolah dah berkahwin. kira ala² mini reunion gitu..



Ita dah ada dua permata hati.. gegirl & boboy ^__^



Masing² mengimbau cerita ceriti masa sekolah dulu. saya yang tumpang dengar pun terasa syeronok.



Pecah rahsia...sebenarnya Mr.A ni nakal juga masa dulu. saya lagi nakal dari beliau kot.. wehey hey! kacau anak gadis di kampung. tak cukup kacau di sekolah di rumah pun kacau lagi. Pernah kena baling (lempar) kasut dengan arwah tok wan nya... Tiap² petang ronda dekat kawasan rumah ita. tak dapat tengok tuan empunya badan, tengok bumbung rumah pun jadi lah. kunun nak mengubat hati yang tengah gatai.. ekeke.

Mana tak nya.. bila ita berdiri di depan rumahnya.. Mr.A dan kawan² bukan main lagi.. ulang alik di depan rumah ita.. If nasib tak baik, ayah ita yang berdiri di depan rumah... lintang pukang mereka sembunyikan diri... (tak gentlemen la Mr.A n kawan² kan) :p



Sempat juga kami jumpa dengan hubby ita.. kebetulan time tu beliau balik sekejap. Ada hikmahnya hubby ita tertinggal geran untuk renew roadtax pada haritu :-)



Dengan ita dah jumpa.. dengan kawan 1 orang lagi (ani) jerk tak sempat nak jumpa. Lagipun beliau busy dengan tugas. Nak buat cam na kan? kalau dah takdir untuk kita bertemu pasti suatu hari bertentang jua mata kita...InsyaAllah.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


2 comments:

Mohamadazhan.com said...

dekat dengan rumah dah tu...hehe

Amyna said...

Lah ya ka azhan... Myna tak tau. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...