Wednesday, June 8, 2011

Pokok bunga mangkuk..buat saya tersenyum!

Bila saya pandang dia... hati saya akan berbisik gembira.. sukar digambarkan. Kenangan lalu membuatkan saya happy se happynya!!! SenyuMMmmmm~~


Saya candid picca ni di rumah Tok di pendang. Tersenyum saya sorang² time ni sambil terbayang kenangan masa budak² dulu.

Pokok bunga ni lah yang saya maksudkan.. Ehh ada bunga ka pokok ni.. seingat saya tak da bunga.. tapi entah dah tersemai dalam kamus hidup ini dipanggil pokok bunga.. so pokok bunga lah saya panggil dia sampai sekarang... nama saintifik lagi saya tak tahu.

saya tengok daun di pokok bunga nih,saya teringat time kanak² dulu. Pokok ni berlambak kat rumah jiran saya... Sekarang susah dah nak jumpa coz laman rumah jiran saya mengalami anjakan musim. Pokok² bunga segala bagai dah tak da depan rumah, just di tepi rumah jerk ada.. itupun bukan pokok bunga nie.. pokok bunga yang sememangnya ada bunga cantik dan wangi.

Okeh berbalik pada daun pokok bunga ni.. dulu kan saya selalu guna daun ni sebagai bekas untuk letak garam makanan especially "garam belacan". Biasa lah budak kampung tiap² petang mesti golongan mak (makcik, maklong, maksu) semua akan bersantai di depan rumah. Sambil tu ada jerk bekalan untuk di jamah beramai². Kami yang kanak² ni faham dah rutin golongan mak.. hehehe!!

Mak... mak ni pun macam dah faham dah.. mereka siap petikkan daun ni untuk kami letakkan makanan. Kononnya kami tak boleh cicah sama bekas dengan mereka padahal takut kami melangut dengar mereka punya perbincangan..Hohoho! letak dalam daun pehtu suruh makan jauh² dari mereka.. :-(. Tak pa lah janji kami dapat makan.. keh keh keh!

Itulah kenangan saya dengan daun pokok bunga mangkuk ni...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

7 comments:

Gieyana said...

tetiba tingat petang2 golongan mak2 bergossip kt jalan depan umah Pak Su..bestnyer saat tue..:)

Amyna said...

a'ah... kita anak2 pula bermain sana sini, siap main masak2. Lie jadi ayah.. wehehehey, sweet & rindu sangat dengan kenangan itu :-)

Unknown said...

1st time dgr nama pokok nie,
hihihihi...

apapun zaman kanak2 yg byk meninggalkan kenangan kan:)

Amyna said...

hehehe!!
wanie sayam... myna panggil nama pokok tu sempena dengan kegunaannya.. tak tau nama betulnya apa..

Ms ALiN-D said...

kalo kt tmpt saya panggil nie "pokok puding"...dulu2 mmg ada tanam kt kaw umah..tp skang dh pupus kot...hehehe

Ctnurkhijah said...

betul tu...dulu mak2 kita mana bagi kita dok dengaq depa dok besembang +gosip...hehehe kena p main jauh2

Amyna said...

@Alin: ohh pokok puding ehh.. myna main hantam ja panggil pokok mangkuk.. hi4. Itu lah sekarang dah payah nak jumpa kan..

@Ct:hehe.. melangut depa sembang. takut nanti kita p gosip kat tempat lain pula kot..pecah rahsia depa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...