Thursday, December 9, 2010

Mrs.A - Cerita Hari Khamis di minggu 49

Hari nih bekerja sekeras tenaga.. Luar biasa baik. Buat slow² lama-lama settle juga kan.. hi4.

1- Dari pagi start pindah komputer pelupusan untuk audit minggu depan. Ya pada kengkawan yang tahu situasi haku mesti pelikkan kan.. Mana tidaknya dari minggu lepas haku duk settel koje nie.. Nak kata lembab ka hapa terpulang.. tapi haku nak habaq juga reason haku:
  • Haku buat slow², mana yang terlampau berat seperti sever power Edge tu.. memang haku tak hangkat sendiri.. Haku tunggu bos haku. Dulu haku boleh juga angkat sikit².. sekarang memang haku surrender nak jaga kedudukan RAHIM haku demi pewaris kebahagian AMYNA. Kalau ikut kan Cpu dan monitor pun haku tak mau hangkat.. tapi apakandaya.. Tugas mesti tegas caragass!!
  • Haku settel secara solo.. lagipun di opish atas.permanent situ hanya haku & bos. Ada kawan tapi jawatan lain. Nak minta tolong bagai di kata la. tak kan nampak haku sorang² terhegeh² mengusung barang dari ujung sini ke sana tak reti² nak tolong..Ntah haku tak faham. Biasa la manusia hati lain².. so abaikan. jangan nak serabut kepala hotak..
  • Makmal yang haku settel ada 4 makmal.. 1 makmal ada lebih kurang 30pc. Dalam 30 tu.. tidak semua di klasifikasikan status yang sama. Ada jualan sisa dan ada hadiah. Nasib baik dua sahaja. kena 4 atau 5 status. naik juling mata haku nak uruskan part label saja.
  • Dah siap label nak hangkut letak di bilik khas pelupusan bukan nya dekat.. berpuluh langkah juga dari makmal... Tapi makmal Komputer settel dulu sebab bilik khas nih dekat dengan makmal komp. Makmal lain² tu (aplikasi, rangkaian dan bahasa) pelan² la haku kayuh na.. Bos faham..sebab bos haku pun busy berurusan dengan pembekal untuk P & P semester baru. Jadi kami masing² ada koje. dia tak mendesak pun haku.. itu haku suka. koje mau hepy hepy ma..Hepp hep hoorayyyy!!
  • Dalam duk setel semua list kat atas tu.. ada puloks staf yang cari haku nak minta Kew-PA. Paling haku hangin.. kew-PA dorunk hilang.. pehtu pandai puloks mengarah haku suruh create baru.. haishhh!! Muka haku di opish sekarang.. adalah Muka Kueh Paw.. ehh kew-PA.. Dulu sebelum audit Muka prob komp, paling banyak muka internet... Asal tak ada internet atau block side jerk cari haku.. ehh please block² tu semua bukan bahagian saya.. tsk tsk tsk..
2- Jam 12.30 berenti rest.. hilangkan lengoh² otot. Sebelum lunch ambil kesempatan time rest tu teman Deem ke JPJ tawau untuk upgarde lesen.dia dah tak pakai "P"lagi. Ehh ya ka upgrade haku main hantam sebut saja.. fedulik lah. Oh ya.. haku pun ikut renew lesen.. rupanya lesen haku dah tamat bulan lepas lagi.. sungguh haku tak perasan. Settel urusan deem di JPJ, Pasar Tanjung dan stesen bas.. kami pergi lunch di kedai Sup yang di tepi highway tu.. kenyang. Alhamdulillah ^_^.

3- Jam 2.15 Sampai di opish, kontraktor puloks nak pecah dinding opish.. jadi semua barang² kena pindahkan ke bilik sementara.. SEGERA okeh. Bos pula tak da.. haih haih haih.. Stok perkakasan semua kena pindah. Dah tu hari ni juga la Aircond opish haku tu merajuk. Langsung tak boleh "ON". Kepanasan, berkuap nya... subahanallah... Laju jerk peluh turun. macam air paip.. wekkkk!!

4- Haku punch out tadi jam 5.45 petang.. Sini time tu dah nak masuk maghrib dah. Haku lewat sebab haku terpaksa menjadi cleaner.. gara² gurauan manja dari printer cikai persendirian tu. kata dah pindah opish jadik mana ada ruang khas untuk barang² haku. Better bawa balik rumah sahaja. On da way nak bawa ke kereta.. Ink CSS tu jatuh tertumpah. Haku letak dulu di lantai coz nak pergi amik kain kereta. Ada pula Pakcik guard yang berhati mulia membantu haku untuk angkat ke kereta.. sekali dia tak perasan kabel di bahagian bawah tu tertanggal. Habis sepanjang perjalanan ke kereta lantai premis opish haku dipenuhi dengan ink printer. lantai putih dan ink warna merah pula tu. adehhh! Pakcik suruh biarkan. esok cleaner cuci. Ohh tidak pakcik esok mesti dah kering. susah mau tanggal.. Nak jadi rezki haku. stor cleaner tak berkunci. so beresss!!

Syukur Alhamdulillah dengan apa yang tersurat hari ini... Lesen pun dah renew.. due date 8 Disember 2012. Ya dua tahun dari hari ini... esok haku menempuh lagi situasi koje seperti di No.1.. Kuatkan semangat myna.. Chaiyokk chaiyokk!!


Mode: Hari nih pegawai kerajaan pakai baju batik cantik dipandang.. haku pula pakai seluar panjang + t-shirt senang melangkah.. =D

Mode: Pehni nak jawab TAG pula. tak tahu lagi yang mana satu haku nak select, yang semalam pun tak publish lagi.. haiyooo! kepada yang tag haku.. bersabar ya.. kalau ada yang haku lupa. meh tolong ingatkan.. Jangan nak merajuk² pula na, TAPI kalau Ellen merajuk haku leh minta bantuan Nemo.. hehehe!!


sayang @myn@ ^_^

4 comments:

Ellen said...

siannya myna..meh..ellen hantar nemo p tolong ya..hehe...

Amyna said...

Dah tugas ellen.. Apapun pelan² kayuh. nanti settle juga kan.. hi4.

deem said...

tu dia....panjang berjela report ang ya...hehehe.sama la kita geng.cuma aku ambik weekend ni untuk urus kew pa ku tu.harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Amyna said...

haku pun macam terpaksa turun juga nih esok.. unit kami wanted. semua pakat mencari Kueh Paw... yang original depa bagi hilang...alahai~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...