Friday, July 15, 2011

Cerita tentang nama panjang XOxoxo

Segmen senyum petang =D

Tak mau berduka lara mengenang stress hari nih..muah kes kes!

Untuk weekend nih saya dah ada aktiviti. Moga semua nya berjalan lancar seperti yang saya plan.. Aktiviti apa? itu semua kena tunggu besok... Kalau saya rajin bawa Nikon.. ada lah gambar untuk di tepek dekat sini. Almaklumlah camera yang setia saya tu dah terkehel untuk sementara waktu. Grrr~~

Okeh jom sambung senyum petang..

*****************************************

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.


Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


*****************************************

Sekian... itu sahaja perkongsian senyum di petang Jumaat.. Hahahahahaha!!

sumber: Email kiriman rizal pada 11.7.11


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



4 comments:

mama aini said...

ke5x...myna pun ada ceta lucu..ha2x...ni blh ilangkan stress !!!

alltimechah said...

HAHA adek beradik yang teraniaya ni. cian la :)

Amyna said...

@Mama: Myna 4ward dari email yang kawan kirim.. saja sekadar perkongsian dengan kawan2 lain juga... weheheheyyy!!

Amyna said...

@Nisa: Hahaha.... unik lah nama tu kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...