Tuesday, July 19, 2011

Info: Tips menambah kuantiti bilangan sperma

Betul kan? Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis (telur). Jadi di sini saya nak kongsikan tips atau cara² untuk menambah kuantiti bilangan sperma.

Tips menambah kuantiti bilangan sperma
Macam lukisan matahari pula kan.. :d

Ohh ya sebelum tu sukanya saya nak infom.. Ini adalah hasil dari perkongsian Admin Malam pertama. Saya just panjangkan ke sini untuk tatapan saya, kengkawan dan readers yang memerlukan.

Antara tips tersebut ialah :-
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Sekian itu sahaja yang saya dapat saya kongsikan... if ada lagi saya akan kopipes lagi d sini untuk rujukan. Entri penuh boleh rujuk sumber sini : KursusPerkahwinanDotCom.

Moga bermanfaat pada kalian yang memerlukan. InsyaAllah ^__^



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




2 comments:

mama aini said...

wah ari ni myna beri tip2..he2x..nice info !!..

Amyna said...

just perkongsian yang myna dapat... sharing is caring kan mama =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...