Monday, March 14, 2011

Penyakit yang saya baru tahu untuk tayar kereta... Cacing~~

Ingat orang jerk ada cacing... kereta pun ada tau!!!

Pagi tadi selepas punch in... saya terpandang tayar mish pepel di sebelah penumpang depan.. nampak lain macam jerk. Mr.A memang ada inform dengan saya yang kondisi mish pepel sekarang kurang stabil.. Lagi pun angin pada tayar tersebut dah bercampur antara satu lain (angin bisa + nitrogen).

Mana tidak bercampurnya.. kalau dah problem di sempolna nun.. di mana nak cari bengkel yang ada bekalkan angin nitrogen. Daripada tiada dan mish pepel tak boleh gerak.. belasah sahaja lah. Janji sampai ke destinasi. Mr.A lebih suka drive mista bobo, saya mana² pun tak kisah janji boleh gerak.. tapi rasanya lebih suka dengan mish pepel *merajuk nanti mista dengan saya*:p. Apapun saya rindu dengan mish pepel tau.. ahakss!


~Gambar cilok dari lappy Mr.A, maybe Mr.A google~

Kami bertukar transport supaya senang, anytime saya boleh bawa ke bengkel yang biasa kami rujuk di sini. Memang sejak pindah sini lagi kami biasa merawat tayar di sana.. itu pun setelah di tipu pekerja bengkel dekat bandar sana.. huk3x. Biasa lah kita akan bertemu yang buruk baru jumpa yang elok.. Moga yang elok ini berkekalan. Lagipun dah lama kami berurusan dengan bengkel nih. sampai kekadang mereka yang alert dengan Mish & Mista. InsyaAllah ^_^.

Macam tadi... masa pekerja dia buka tayar saya pandang jerk, mereka celup dalam air.. isnie selaku kerani kat kedai tu cakap "cikgu itu nak check samaada bocor kecil atau besar". Daripada reti sikit² bab tayar, bertambah la juga ilmu tayar di pagi hari.. Mereka memang mesra pelanggan. sebab tu saya suka ke sana.. Alhamdulillah. Bila dah siap check perkerja dia cakap sambil angkat kening kat isnie "cacing". Mulanya saya ignore jerk lah langsung tak paham. Pehtu baru isnie terang kat saya.. terus tergelak. Laju² juga saya call inform Mr.A..kami sama² gelak... kahhhh!

"Penyakit cacing nih lebih kurang macam tiub atau saluran angin tu terenggang antara pangkalnya, jadi angin mudah menyerap keluar, cara untuk atasi mereka ketatkan balik tiub tersebut"- istilah yang digunakan di klinik tayar.

Bila semua kerja² isi nitrogen semula dan pemasangan siap,saya balik ke opish.. Semua perkhidmatan yang diberikan tadi adalah Percuma!!!. Isnie cakap tiada apa² lah cikgu. Biasa sudah.. siap angkat ibu jari (Thumb up!). Saya apa lagi.. senyuman bertambah melebaQ di pagi hari.. dah la time tu senyum nama penyakit tayar pun tak hilang lagi di bibir saya.. ngee~~

Semalam Mr.A servis minyak injin mish, Mr.A tukar sendiri dirumah. Lepas siap kami pindah parking.. sekali terdengar pula bunyi break seperti permukaan berhabuk bergesel. Bingit sangat telinga.. Mr.A cakap standby duit maybe break pad dah nak nipis. Last kami tukar break pad adalah dua tahun yang lalu. Memang patutlah dia buat hal sudah.. sob3x..



~ Sayang @myn@ ~~

5 comments:

me suya said...

tak pernah tahu pun penyakit ni wujud untuk tayar. heeee suya kan kak.. dah berbulan tayar kete tu bocor halus baru je mgu lepas tampal.. hehehe pemalas sgt kan

Amyna said...

itu sebab la akak tergelak kat situ juga... tak leh nak control dah... hik3x.

uihhh.. nasib angin tak keluar abis, bahaya juga tu suya...Ohh ya, tayar bocor pun ada dua jenis kan.. bocor kecik dan besar... tadi isnie tu ada habaq juga...

ieda said...

ooo nie dipanggil cacinggg uhuhuhuh sib abikk akak x tahu sgt pasal keter huhuhu

Amyna said...

Myna pun tak tahu juga akak.. tapi pelan2 la belajar... kena amik tahu juga.. nanti apa2 hal senang... ngee~~

Laman Viral said...

Lawa kete tu..mohon pinjam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...