Wednesday, March 30, 2011

Ribut Kencang di Kuala Nerang Rosakkan 24 Buah Rumah


KUALA NERANG, 30 Mac -- Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di sini dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.

Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.

"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.

Katanya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.

Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.

Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.

"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Syed Sobri turut melahirkan perasaan kesal terhadap kerajaan negeri Kedah yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada ADUN Barisan Nasional (BN) malah tambahnya selepas kejadian ribu pertama berlaku di kawasan itu pada Ahad lepas, Anggota Parlimen Padang Terap dari PAS, masih tidak kelihatan.

Katanya beliau menggerakkan Unit Task Force ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 buah rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.

*********************

Kedah adalah negeri saya... Kuala Nerang adalah pekan yang saya redah menanti dewasa. Di Sana sekarang (belah utara la) musim hujan, ramai cikgu² bertauliah tak dapat p sekolah mengajaq especially Ratuhati saya. Anak² murid kebasahan... hik3x.



Tadi sempat juga chatting dengan kengkawan sekolah.. depa pakat duk kalut takut tak boleh nak balik rumah nanti... Mana tidak nya.. jalan masuk pekan kuala nerang sana sini dah bah (banjir). Kalau banjir alamatnya shukri, zana dan kakchik... terpaksa berfikir alternatif lain untuk pulang ke rumah... sob sob sob.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang perihatin.. beliau juga membantu family saya dalam urusan kes Arwah.. Sedia membantu rakyat..Moga usaha murni beliau di berkati..InsyaAllah ^_^.

p/s: Terima kasih datuk dan jaga diri bebaik if meredah banjir ya kawan²...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


4 comments:

Gieyana said...

owhh..risau gak kan..kt area mn yer kg nie..Naka ker Pdg Sanai yer? x pasan ler plak although kelak nnt nk jd owg KN gak..

pokok akak sure dpt idup nie psl hujan..tp kesian kt owg kg x dpt g "ngajar' kan..huuhu

Ctnurkhijah said...

dah 3 ari ujan kat lkawi ni...
kat perlis dah ada yg dok siap2 nak pindah dah.

Amyna said...

@KakGie: Padang sanai kot akak... myna pun tak pasti juga.. pernah dengar tu nama kampung. ngee~~

A'ah kan..pokok kat umah baru..sure tumbuh dengan jayanya. Tak pa akak, at least bagi orang kampung berehat seketika...

Amyna said...

@Ct: Rasanya perlis dah ada yang kena pindah ke pusat pemindahan.. terkini seramai 400 mangsa telah dipindahkan.. Ct.. apapun take care ya dan awasi anak2. jangan main hujan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...