BUTTERWORTH, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat konsesi yang mengendalikan Jambatan Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan memperkenalkan waktu operasi baru bagi lorong tambah nilai Touch 'n' Go di plaza tol jambatan berkenaan mulai 1 April ini.
Ketua Pegawai Operasi PBSB, Suhaina Baharudin berkata waktu operasi pada waktu pagi akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala sesi malam bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.
"Waktu operasi baru ini adalah bagi urus niaga tambah nilai di Pondok Tol Nombor 17 iaitu di Plaza Tol A dan Pondok Tol Nombor 22 di Plaza Tol B," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata langkah itu diambil untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol pada waktu puncak.
Suhaina berkata kaunter pusat jualan Touch 'n' Go yang beroperasi bersebelahan Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang akan meneruskan operasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja.
Sumber: Bernama
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!
2 comments:
info berguna nie..kalau idak smpai kul 11 mlm lebey..ahad br nie jer br topup..
waktu operasi baru ni start 1 April... teringat dulu duk ulang alik masa koje kat intel.. punya la jem jambatan.. Grrrr~~
Post a Comment