Khamis hari tu saya berpuasa... menu berbuka terasa nak makan nasi lalap setelah di canang² di fesbuk. Hasil gedix² dengan Mr.A kami decide selepas solat magrib baru keluar pergi makan di highway sana.
Tapi time saya berbuka (just minum RGC bersama sandwich) tu tetiba angin di luar bertiup sangat kencang. gerun pula saya melihat sebab pokok sawit di depan rumah saya macam nak tercabut. berpusing² daun sawit... keesokkan hari jiran² saya semua bercerita tentang angin tersebut.Iya lah lain dari biasa kan, tingkap & pintu rumah pun terkena tempias tau...
Tadi petang... bergerak lah kami berdua ke highway sana. tekak saya terasa nak telan nasi lalap di highway juga. tak mau tempat lain. Mr.A follow jerk isteri nya yang menagih janji.. hahaha! Sementara menunggu oder.. menggedix dulu kami suami isteri.. tett!
Nampak sangat muka baru bangun tidur la sayang, Huhuhu kantoi beliau tidur petang, sebab tu muncit.. ekeke. Seberang jalan di belakang Mr.A adalah laut... Time ni air laut pasang ^____^
Gerai ni yang saya terasa nak makan.. sebab masa blogger selangor turun sini. kami sama² makan di sini. siap dorunk boleh speaking jawa lagi dengan makcik gerai ni.. saya hanya mampu senyum, tak perlu kata apa²..
Ini lah rupa nasi lalap tu.. nasi putih biasa jerk.. Ohh ya! lada dalam piring merah tu yang buat dia sedap hingga bertambah² lada.. ekeke. Lada jawa mungkin... hik3x.
Mr.A oder kopi O panas dan saya air kelapa muda.. Nala gelas punya besar yo. Air kelapa saja dah boleh kenyang kan perut. Air kosong tu memang di bagi... stail sini mungkin. sup tetap lah ada. event nasi lemak sekali pun. tetap ada sup. Oder dah sampai apa lagi, so cuci tangan & ngap.
4 piring lada.. Licin. yea lah sorang 1 piring tak cukup.. minta di tambah lagi sorang 1 piring :p
Ini sudah melanggar highway seberang lada... Mr.A kalau dengan ayam, boleh saja di habis kannya.. gemar betul beliau dengan ayam. Masa mula2 oder sampai.. beliau cakap macam ayam kfc =D =D.
Settle bayar semua.. Mr.A ajak jalan² pula di tepi laut seberang jalan sana. dengan alasan.. nak bagi makanan dalam perut tu lancar penghadaman.. Saya dengan perut yang sarat dengan nasi lalap & air kelapa nih. gagah kan juga melangkah menyeberang jalan.. jalan dari sini ke hujung sana, pusing balik.. terus masuk kereta pulang kerumah.
Terima kasih sayang. Malam ni tidur lena. tak ingat nasi lalap dah.. ingat kamu jerk... muah kes kes kes!!
Entry berkait :-
Terima kasih sayang. Malam ni tidur lena. tak ingat nasi lalap dah.. ingat kamu jerk... muah kes kes kes!!
Entry berkait :-
3 comments:
best2~
nampak sedap... klu ada rezeki sampai sana nanti bleh la try jgk nasi lalap ni...
@Alinac: hik3x... dapat makan memang best.. perut kenyang.
@ct: Boleh ba ct.. kalau jadi turun sini. roger2 myna tau.. InsyaAllah myna bantu apa yang termampu.
Post a Comment