Monday, October 25, 2010

Info: Beware Girls!!!

Hi...Girls.. ....Take care.

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

" Selamat Pagi, Cik Kak.."

"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang
terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.


Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".


"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".
kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya

Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story: Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!

-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yan tersayang.

===========================================

Ah haaa... kena baca sampai bawah baru tau ceritanya.. ngeh ngeh ngeh!! Sebenarnya sumber nih adalah dari email yang dikirimkan kawan haku, Haku kongsikan di sini untuk rakan² readers yang sudi menjenguk AMYNA.. Okehh sama² kita menanganinya. InsyaAllah =D


* Kiriman drp: Rizal


sayang @myn@ ^_^



14 comments:

Myra Jay said...

TQ, nasihat yg berguna..

Amyna said...

Welkam Myra.. :-)

VanillaKrimSoda said...

yup betol3.. lg satu.. prepare la kayu besbol ke lam kete, kayu golf pun boley..hehe.. kot2 nk gune time emergency. bleh wt jd snjata... hehehe

a.samad jaafar said...

betul jugak.. tak tfikir pulak sebelum ni..

alltimechah said...

naseb baek kereta yang saya naek hensem kan sis :)

sweetsal said...

penjenayah ada di mana2, tak kira lah kereta berhias ke tak...so harap kita semua berhati2 selalu....

Amyna said...

@Rina: Ya betul juga tu..Alat Lock stering tu pun okay juga kan.Berat.. Pren hanks 4 da opinion.. :-)

Amyna said...

@A.Samad: Alhamdulillah sama2 lah kita ingat memperingati.. InsyaAllah ^_^

Amyna said...

@AdikAktifast: Hensem la baru keluaq hopsital. Dah dah jangan di ulang ya.. Drive Carefully na yayangku =D

Amyna said...

@Sweetsal: Berhati2 itu pasti & penting.. ngee~~

Lalinkfyza said...

Betul la kak myna. patut la hubby sy tak bagi letak patung dlm kete. kete saya clean jerk mcm kete lelaki tu ha..ni la motipnyer kot. (en hubby saya seorang polis jugak)

kak myna, nak minta share dlm blog saya boleh tak sebagai panduan pembaca yang lain bersama?

Amyna said...

Motip yang baik tu shafiza.. hehehe!!Boley shafiza, Amiklah.. sebarkan pada kawan² kita yang lain kerana itu lebih baik..

Lalinkfyza said...
This comment has been removed by the author.
Lalinkfyza said...

Tq kak myna for this info. akan saya 'sharing' kan di blog saya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...